Undang-undang perlu selaras

Ermm! ini cerita dari utara tanah air kita….kata kawan …undang-undang apa pun perlu diwartakan agar membolehkan induvidu mengikuti setiap garis panduan yang ada.Penang port adalah satu kawasan yang wajib ada garis panduan untuk menjaga sebarang kes-kes jenayah.Benar dan tepat,namun ada beberapa garis panduan yang tidak diwartakan kepada umum untuk diguna pakai bersama.Contohnya ada satu garis panduan yang baru wujud sewaktu memasuki pintu hadapan Penang Port.Para penunggang motosikal jika membawa penumpang,maka penumpang tersebut kena turun dan mengambil laluan pejalan kaki kemudian baru  boleh meneruskan ke destinasi masing-masing.Bagus amalan ini untuk keselamatan( kerana ruang laluan motosikal itu agak sempit,jadi dapat mengelakkan kemalangan kecil ),kedua baik dijadikan amalan kerana dapat mengelakkan kes-kes yang tidak di ingini berlaku.TETAPI MALANGNYA,penguatkuasaan terlalu lemah,awal pagi mengikut garis panduan yang ditetapkan,tengahari garis panduan pun hilang,petang hari garis panduan di ikut kembali,malam hari garis panduan pun lenyap.macam mana jika anda duduk dalam situasi ini?Boleh bengang tak jika anda dikatakan ” Dah berkali-kali beritahu tapi masih tidak faham”…….induvidu yang bertugas di situ mengamalkan sikap amalan kerja sihat atau menggunakan nafsu yang ada? 

p/s:senang ja jawapannya,kalau rasa diri tidak boleh ikut garis panduan yang ada,beri cadangan kepada pihak atasan yang ada,bukan main hambur je nafsu amarah kepada orang awam..agak-agaklah menjalankan tugas,belajar hormat orang sama,kena orang yang kita marah itu menggunakan nafsu amarah juga,macam mana?mampus kita…bezakan soal kerja,dengan nafsu..baru anda selamat dan dihormati..jangan sampai kerana kita seorang,melibatkan orang lain pula menjadi masalah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s