Hebatkah kita?

Bila kita mengkaji diri sendiri barulah kita sedar bahawa tidak kemana pun ilmu yang kita ada,setakat ada vios,suzuki swift,livina,alphard dan umpamanya,maka kita mengatakan kita sudah berjaya,dan bila sudah berjaya ada sesetengah kelompok manusia memandang sebelah mata kepada yang lain.Pemandu Iswara tahun 1992 bila berada sebelah kita atau mana-mana pemandulah,sering kali dan acapkali kita memandang dengan lirik mata yang seolah meninggi diri.Kenapa jadi begitu?Tidak terfikirkah kita pemandu van pekerja kilang yang kita pandang itu mempunyai ilmu yang tinggi?

Terpegun seketika dalam jelajah mencari apa yang diperkatakan orang ramai,terjumpa pemandu van pekerja kilang yang sedang beristirehat sambil meneguk air.Rupanya ilmu tauhidnya mendalam dan tinggi,rupanya dia juga bekas pelajar universiti luar negara.

Pelajaran yang boleh di ambil dari perbualan itu,pertama,jangan sombong,rendahkan diri dengan pencipta,jangan ada setitik pun rasa tidak puas hati kepada manusia dan apa yang tuhan berikan,selalu fisabilillah pada diri dahulu kemudian baru kepada orang terdekat,bermakna kalau hendak sedekah atau hadiah,pastikan diri sudah cukup dahulu,atau dalam kiraan amalan,berdakwah dahulu kepada diri sendiri sebelum dakwah orang lain,dan sambil meneguk air yang terakhir,beliau berkata jangan lupa hukum Allah jangan di lawan,baru kita digeruni oleh musuh yang nyata,yakni syaitan dan iblis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s