Cinta Dari Syurga

Hebat pengarah filem ini,apa yang disampaikan amat bagus sekali untuk menjadi panduan untuk lelaki dan wanita,anda boleh lihat betapa baiknya sikap kaum hawa bila dia memahami situasi yang berlaku.TAHNIAH kepada pengarah filem ini.

Tapi apa yang amat saya kesalkan ialah sudut keagamaan,saya tidak mengatakan bahawa pengarah ini bersalah,tetapi beliau cuba memberi satu gambaran yang benar mengikut fakta dan garis panduan adat istiadat jabatan agama islam Malaysia.

Apa yang membimbangkan ialah,apa tujuan sebenarnya jabatan agama islam Malaysia cuba tunjulkan dalam hukum dari al quran?Terasa bimbang dengan fenomena tersebut,sejak kebelakangan ini. 

Ramailah nanti yang akan terpengaruh yang terbalik dengan perjalanan cerita yang baik ini.Bolehkah seorang lelaki yang bernama suami kena melakukan akad lafaz cerai untuk kali kedua di hadapan pendaftar mahkamah syariah?Kenapa dikatakana lafaz kedua?

Tahukah anda bahawa lafaz pertama mesti sudah terlaksana sebelum melangkah ke pejabat agama,lafaz itu sudah cukup dan sah pembubaran ikatan suami isteri tersebut.

Dalam kontek ini,satu hukum atau fatwa dikeluarkan oleh pihak jabatan agama islam Malaysia supaya melafazkan di kaunter lafaz talak.Inilah yang pelik,adakah jabatan agama islam Malaysia lebih mementingkan wang dari hukum?

Dah banyak kali jabatan agama islam Malaysia membuat undang-undang yang pelik dan merapu,padahal soal kawin mudah saja,kenapa?takut manusia melakukan kesalahan?

Kenapa banyak menghalang ceramah di masjid?Kalau setakat nak berhujah pasal fekah saja oleh ustaz pihak jabatan agama,saya rasa tak perlulah,dah berpuluh tahun dah asyik berceramah pada benda yang sama saja,hal haid,nifas,hutang,wuduk,solat berjemaah,kelebihan tiga bulan,kemuliaan bulan ramadhan,maulid rasul,awal muharram,tetapi soal HUDUD,letak jauh-jauh.Apa yang dah jadi dengan ustaz di jabatan agama islam sebenarnya?

Takut periuk nasi tergugat,atau memang mengharap kepada manusia,bukan Allah?Ataupun ustaz baka islam sahaja?Apa yang anda takutkan?

Itu baru soal fekah,belum lagi kita masuk kepada soal tauhid,soal hadis pun di tapis,yang mana agak terkena dek hidung,maka hadis tersebut tidak di cetak dan di letak dalam almari sebagai bahan kajian agaknya,

Apa yang diharapkan agar jabatan agama islam Malaysia mewujudkan satu fenomena yang terbaik,jangan duduk pada satu tempat yang merugikan semua manusia yang bergelar hamba Allah.Anda dilantik oleh Allah untuk menjadi pemimpin,kenapa memimpin pada jalan yang tiada dalam rangkuman Al fatihah.

Gabungkan ilmu yang ada,bergabunglah dengan para ustaz pondok,masukkan ustaz dari pondok ke dalam intituasi dan organasasi badan-badan islam di Malaysia.

Anda sebagai ustaz yang Allah berikan amanah,wajib memberi ilmu kepada orang ramai,bukan setakat duduk di bangku pusing,mendengar masalah orang ramai,kemudian tandatangan borang nikah kawin,cerai talak,harta pusaka serta rikaz.

 Ayat Allah yang menyuruh membayar zakat,ada di mana-mana,sampai kanak-kanak 6 tahun boleh menyebut,hinggakan orang yang islam baka pun boleh membawa hujah,bahkan si peminum arak pun boleh berhujah waktu sedar,tetapi seolah-olah memperli ayat Allah.Di mana gerangan ustaz di jabatan agama islam? 

Kenapa ayat HUDUD,tidak ada?Bicara hudud bukan pada satu benda BARU,tetapi hukum yang ada di dalam al quran,kenapa nak mempertikaikan?

Soal kawin na ikut,zakat nak ikut,soal hudud,diam tak nak ikut.

Satu saja,senang cerita,Allah sudah memberitahu dan nabi serta ulamak pun khabarkan,tolak satu ayat Allah,maka kufur dan bukan islam. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s