INSAN & RAHSIA

Pada tiap tiap yang dihidupkan mestilah mempunyai hakikat tujuan yang perlu ditafsirkan dalam diri kepada hak dan empunya yang sangat haknya.( Allah).
Perlu diingatkan kenapa kita dihidupkan,kenapa kita dimatikan,kenapa kita di uji,dan kenapa kita di bahagiakan,dan kenapa Allah membenarkan keadaan ini?
Sebagai hamba Allah yang benar – benar faham erti kehidupan kita maka,perlulah kita mengenali siapa diri kita dan kenapa perlu kita mencari tariqat ( perjalanan ) .
Hamba Allah mempunyai hukum – hukum karmanya yang tersendiri.
Maka oleh itu harus bagi kita memahami kehendak Allah,bukan kehendak kita yang mana kita hanya diberikan secebisan zat – zat Allah kepada hambaNYA.
MENUJU JALAN KESEMPURNAAN.
Perlu diingatkan bahawa kesempurnaan agama itu bermula dari titik yang mempunyai garis pusatnya iaitu HATI.
Perhatikan rajah – rajah ini
RUKUN AGAMA

INSAN / Tasawwuf / Perasaan / HATI…
ISLAM / Fekah / Niat / HATI…
IMAN / Tauhid / Tasdiq / HATI…

Inilah yang perlu kita faham kenapa segalanya perlu kepada pemusatan kepada HATI.
Jika hati kotor mana mungkin jalan ke hadrat Allah.Lihatlah hati kita masing – masing,adakah sudah memiliki adu domba di atas?
Apabila kita hilangkan salah satu antaranya maka tiadalah jalan kita menemui Allah.
Beramal iman tanpa islam,yakin sesat,berislam tanpa insan mesti sesat,berinsan tanpa islam dan iman wajib sesat.
BERMULANYA PERJALANAN TERHADAP RUKUN AGAMA
Rujuk firman allah dalam surah al baqarah ayat 28( ini adalah konsep pada mereka yang mencari perjalanan kepada Allah yang menggunakan kalimah La ila hail lallah..faham kan ayat ini untuk runungan diri.

Perlulah kita ketahui bahawa,ada asas yang perlu kita teliti dan di buang untuk kita berhadapan dengan Allah.
Jika masih ada tanda – tanda ini maka itu tanda – tanda itu menjauhkan diri dan sekaligus hilang punca kenal diri.

Nafsu badaniah . . . nafsu yang berkecimpung untuk melaksanakan sesuatu yang bukan kepada jalan menuju kepada Allah.Bahkan boleh merosakkan perjalanan aqidah seseorang.
Nafsu shahwah……berbentuk kepada jalanan maksiat dan menyalurkan bukan kepada kehendak Allah.
Nafsu hawainiah….bersifat kejam dan lebih kepada pendirian hak yang menyatakan bukan kepada hak Allah.
Inilah yang menjadikan manusia tidak boleh melakukan peribadatan yang sempurna kepada Allah bahkan konsep mendekati Allah menjadi jauh.hanya pada mereka yang mendahului tahajjud dan infak fisabillilah sahaja boleh membuang nafsu – nafsu yang tersebut di atas.

Marilah kita sama – sama mempersoalkan diri kita bagi memahami erti kenal diri,melalui diri maka kita akan ketahui lebih dekat lagi pencipta kita.

PERLU KENAL ERTI SYIAR
Permulaan setiap insan perlu memahami dahulu apa itu yang dikatakan syiar,syiar bermaksud apa yang terkandung dalam sesuatu skop yang patut ada.Dalam islam perlu kita diperdengarkan apakah itu islam agar kita tahu jalan yang hendak disampaikan,dalam islam perlu kita bersolat,berpuasa,berzakat,menunaikan haji serta yang paling utama ialah melafazkan syahadah.Maka pada peringkat ini ramai yang telah tahu dan faham.hanya dengar dan faham serta lafaz.

PERLU KENAL ERTI SYARIAT
Setelah memahami erti syiar maka perlulah bagi insan tersebut melakukan dengan anggota dan roh bagi tujuan tersampainya matlamat kerukunannya islam dan secara langsung juga telah ada hukum – hukum atau garis panduan sebagai manusia yang bergelar hamba Allah.Maka wajib setiap insan mengabil tahu lima rukun islam secara mendalam serta faham dengan sebaik – baiknya.Pada peringkat inilah manusia wajib tahu dirinya adakah ia sudah faham sesungguhnya?

PERLU KENAL ERTI HAKIKAT
Persoalan ini ramai insan terkeliru dalam aspek perlaksanaannya,mengapa?sebab itu syariat perlu di faham dan adaptasikan betul – betul kepada diri masing – masing.kalau syariat tidak cukup,maka usaha keperingkat ini GAGAL.

PERLU KENAL HATI YANG MATI DAN YANG HIDUP DALAM DIRI
Kenallah hati sendiri supaya mudah untuk mencapai sesuatu yang di cari.
Hati yang mati tidak akan menyesal atau tidak ada perasaan sedih apabila meninggalkan perintah allah,zahir dan batin sama saja,tidak ada perasaan gusar dan kecewa.
Hati yang hidup akan merasa penyesalan yang amat sangat jika ketaatan kepada Allah tidak dilaksanakan.Bahkan merasa amat takut dan gentar dengan hukuma Allah jika melakukan maksiat dengan tidak sengaja.
Bersambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s