Aside

Advertisements
Aside

Undang-undang perlu selaras


Ermm! ini cerita dari utara tanah air kita….kata kawan …undang-undang apa pun perlu diwartakan agar membolehkan induvidu mengikuti setiap garis panduan yang ada.Penang port adalah satu kawasan yang wajib ada garis panduan untuk menjaga sebarang kes-kes jenayah.Benar dan tepat,namun ada beberapa garis panduan yang tidak diwartakan kepada umum untuk diguna pakai bersama.Contohnya ada satu garis panduan yang baru wujud sewaktu memasuki pintu hadapan Penang Port.Para penunggang motosikal jika membawa penumpang,maka penumpang tersebut kena turun dan mengambil laluan pejalan kaki kemudian baru  boleh meneruskan ke destinasi masing-masing.Bagus amalan ini untuk keselamatan( kerana ruang laluan motosikal itu agak sempit,jadi dapat mengelakkan kemalangan kecil ),kedua baik dijadikan amalan kerana dapat mengelakkan kes-kes yang tidak di ingini berlaku.TETAPI MALANGNYA,penguatkuasaan terlalu lemah,awal pagi mengikut garis panduan yang ditetapkan,tengahari garis panduan pun hilang,petang hari garis panduan di ikut kembali,malam hari garis panduan pun lenyap.macam mana jika anda duduk dalam situasi ini?Boleh bengang tak jika anda dikatakan ” Dah berkali-kali beritahu tapi masih tidak faham”…….induvidu yang bertugas di situ mengamalkan sikap amalan kerja sihat atau menggunakan nafsu yang ada? 

p/s:senang ja jawapannya,kalau rasa diri tidak boleh ikut garis panduan yang ada,beri cadangan kepada pihak atasan yang ada,bukan main hambur je nafsu amarah kepada orang awam..agak-agaklah menjalankan tugas,belajar hormat orang sama,kena orang yang kita marah itu menggunakan nafsu amarah juga,macam mana?mampus kita…bezakan soal kerja,dengan nafsu..baru anda selamat dan dihormati..jangan sampai kerana kita seorang,melibatkan orang lain pula menjadi masalah.

 

Cara niaga time ekonomi kelam kabut


Ada kawan beritahu di sebelah ibu negara kita,cara niaga yang agak memeranjatkan,tapi tak lah salah,tapi mesti tak puas hati punya.Ceritanya kedai service kereta,isteri kawan tadi terkena hidup-hidup dengan pengusaha kedai tersebut.Tukar bateri,tukar pad break depan dengan minyak enjin itu memang biasalah,boleh di terima akal lagi,tetapi bila diberitahu minyak power stereng kena tukar dengan alasan sudah kotor,minyak break kena tukar sebab kotor,dengan usia kereta baru nak cecah 3 tahun,agak-agak suami kepada isteri tadi akan diam ke atau mengatakan bahawa kedai tersebut membuat service terbaik atau sebaliknya?

 

p/s:agak-agaklah service pun,nampak je perempuan,maka bedal lah semahunya  ye..bila cukai kerajaan menggila,setiap barang untungnya berkurangan,jadi mulalah main bedal je sebut harga,nak pulak tengok yang macam boleh goreng je….tolonglah buat kerja biar sama-sama untung.

Kerja kosong


Dalam kita mencari sebarang pekerjaan,mesti kita memahami tahap mana yang perlu kita lalui,sesuai dengan pengalaman,pengetahuan dan keadaan atau sekitaran yang boleh kita berada dalam situasi tersebut.Namun majikan perlu peka dan lebih arif untuk masa depan sesebuah perniagaan atau organisasi.Sebagai contoh,sektor perkilangan,kalau majikan mengambil seseorang yang punyai pengalaman dalam bahagian pengeluaran atau productions line,janganlah letak di beri tugas menjaga atau menyelia di bahagian pergudangan atau warehouse,sikap mereka begitu mesra dengan kelajuan menjalankan aktiviti pengeluaran akan terbawa-bawa ke dalam penyeliaan di gudang,ini akan menjadi kucar kacir perjalanan sistem gudang.Sama jua dengan jabatan kerajaan.fikirkan……..

Maal hijrah


Maal hijrah….banyak makna dalam pengertiannya,namun sebagai negara islam,kita sewajibnya menerapkan nilai yang lebih baik untuk masyarakat.Dari apa yang diperhatikan,masih ada lagi sektor yang mengubah hari tersebut kepada hari lain sebagai ganti cuti.Wajarakah?Kenapa 16 September dan 31 Ogos mereka amat mematuhi tarikh tersebut?Kerajaan Malaysia sila pantau dan gubal kembali syarat undang-undang dalam akhta buruh dan ordinan pekerjaan.

p/s: sewajarnya syiar terus di serap kepada syariat,kemudian kepada hakikat…nampaknya syiar terus dengan syiarnya….tak kemana jua fahaman yang ada….ubahlah untuk kembali cemerlang dalam diri sebagai seorang islam 

Korban


Alhamdulillah..selesai sudah kita menyambut hari raya korban.Ada yang faham ada yang tidak faham apa makna korban.Cuba renung kembali sejarah yang dilakarkan dalam Al-quran.Cuba ambil satu fakta dari pelbagai sudut, betapa satunya hati Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan isterinya,dalam menerima perintah Allah tanpa ada sebarang bantahan.Hari ini dalam menjalankan ibadah kepada Allah pun masih kita bergaduh,berbalah dan bantahan serta macam-macam lagi,kenapa?

Ada sahabat menceritakan,buat ibadah korban sampai 5 ekor lembu,penduduk setikar 1300 orang,tetapi katanya ada beberapa famili yang tidak dapat pun agihan daging tersebut.Pelik tak?Selalunya kalau kenduri kawin seekor lembu,150 ekor ayam sudah memadai satu kampung dan sanak saudara.

p/s: kalau ibadah di buat hanya untuk gah diri,gah nama,rasanya tak perlu buat pun tidak mengapa,kerana tidak ada keikhlasan dalam ibadah.Inilah yang dikatakan korban yang terkorban.